Selasa, 03 Mei 2011

75. SURAT DARI KERAJAAN SELANGOR MALAYSIA BAG.2

Oleh : Hasbullah Said.-


SURAT itu kuterima yang dikirim melalui pos, ketika aku baru saja pulang dari tugas mengajar di sebuah Sekolah Dasar Negeri. Segera kubuka lalu kubaca yang isinya seperti demikian.
Hajjah Nanang Khairani Bt. Dato’ H. Shaharudin bin H.Abd.Rahman
No.2 Jln.SS 14/6,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Kuala Lumpur, 01 Hb. Januari 1996.
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan perasaan yang tawadduq, dipanjatkan seribu kesyukuran serta tasbeh, tahmid dan zikir memuji kebesaran, keesaan Allah SWT atas segala nikmat dan rahmat yang telah dilimpahkan-Nya terhadap kita semua.
Selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang amat kita kasehi.
Assalamualaikum,
Menemui yang amat dihurmati : Bapak.H.Diash Daeng Manaba dan
Hj.St.Bungalia Daeng Puji
Serta anak-anak Laela dan Azisah
......dan juga seluroh keluarga besar baik disebelah Bapak.H.Diash Daeng Manaba mahupun disebelah pihak ibu Hj. Bungalia Daeng Puji yang amat kami hurmati serta dirindui.
Terlebih dahulu, sambutlah salam kaseh mesra serta salam taksim dari Dato’ Haji Shaharudin bin H.Abd.Rahman, Datin Ramlah serta seluroh keluarga di Malaysia dengan ucapan selamat menyambut Tahun Baru 1996. Dengan harapan semoga tahun 1996 ini akan membawa rahmat yang penuh dengan keberkatan, kesejahteraan, kemurahan rezeki, sukses dalam proses membina kehidupan didunia dan akhirat. Jika diturunkan ujian/musibah dari Allah, semoga diberi-Nya kita hidayah. Sekiranya ketetapan untuk kita meninggalkan dunia ini telah tiba, matikanlah kita dalam hassanulkhotimah. Amin...........!
Buat seluroh keluarga Pak Dato’ tahun 1995 merupakan tahun hitam dimana beberapa peristiwa pahit bersilih-ganti. Berbagai ujian Allah turunkan buat kami untuk menguji ketahanan iman kami dalam mempraktikkan keislaman kami seterusnya. Berkat tawakkal, sabar serta doa yang tidak henti-hentinya, hati kami ditenteramkan dengan menerima hakikat ini adalah Qada dan Qadar Allah. Setiap musibbah yang diturunkan mungkin ada hikmah disebaliknya.
Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga, dimana Allah amat prihatin terhadap permohonan kami serta menilai tahap kemampuan kami dalam menerima ujian seterusnya. Allah telah berfirman dalam ayat penutup surah Albaraqah 285 & 286 bermaksud, “Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan bebanan yang tidak sanggup dipikul oleh mereka.”
Kondisi fizykal Pak Dato’ kini 95 % pulih. Cuma untuk berinteraksi masih belum memuaskan. Mungkin akan mengambil masa beberapa bulan lagi untuk sembuh sepenuhnya. Insya Allah,.....!
. Selepas kepulangan Bapak H.Diash ke Sulawesi tempo hari keadaan Pak Dato’ terus kritikal dan terlantar di Ipoh Specialist Center selama 2 minggu lagi. Dimasa ini hanya Allah sahaja yang mengetahui keadaan kami. Masa untuk anak-anak Pak Dato’ di Ipoh pula amat terhad. Pak Dato’ pula perlu diberi pengawasan yang intensif. Keadaan yang membuatkan saya terpaksa mengambil keputusan yang agak drastik, mengeluarkan Pak Dato’ dari Ipoh Specialist Centre dan bawa beliu ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur Pak Dato’ berulang-alek setiap hari membuat pemereksaan di Subang Jaya Medical Centre (Pusat Perubatan yang terbaik di Malaysia). Setelah menjalani pemereksaan docter pakar, resultnya sungguh menyimpang dari keadaan Pak Dato’ yang sebenarnya. Tekanan darah dan jantung Pak Dato’ normal, kandungan colestrol dalam darah excellant (terlalu bagus). Kencing manis tidak ada, keadaan buah pinggang baik. Segala-galanya perfect, dan tidak ada sebab mengapa Pak Dato’ mendapat ‘stroke’. Ini menjadi tanda tanya kepada sebilangan docter pakar disitu.
Akhirnya kami berusaha mengubati Pak Dato’ secara traditional perdukunan dan meminta kehidmat beberapa a’lim ulama’. Semuanya mengatakan Pak Dato’ terkena sihir/ilmu hitam. Entahlah, sama ada mahu percaya atau tidak. Semoga Allah melindungi kami dari kufuriqtiqadi yang akan membawa kita kepada perkara-perkara kurafat dan bida’ah (syirik besar). Buat pada masa ini Pak Dato’ berada di Ipoh dan tidak dirumah yang dulu lagi.
Selain dari harapan dan doa yang tersebut diatas untuk tahun 1996 ini, harapan unggul kami dan mungkin juga merupakan harapan Pak Diash sekeluarga, mengharapkan tahun 1996 ini akan lebih merapatkan lagi ikatan silaturahim diantara kita yang telah tersedia akrab ini, akan lebih padu lagi. Bertaut rapat sehingga akan sejarah pertautan diantara negeri-negeri tanah Melayu dan bumi Makassar rapat berulang lagi. Jika diabad yang ke-16 dan dalam tahun 1723, Ninda saya Daeng Lakasi’ (adik kepada Arung Bone dan pernah menjadi batara Wajo di Gowa) yang begitu anti kolonial Belanda, beserta ratusan pahlawan Bugis -Makassar yang lain, meninggalkan bumi Makassar yang penuh dengan gelora peperangan dan pertentangan melawan V.O.C. Mereka menggadai nyawa-mengharung selat Makassar, laut China yang terbentang luas dan akhirnya ke selat Melaka mencari penempatan baru dibeberapa negeri di tanah Melayu. Termasuklah di Negeri Perak.
Di Negeri Perak Daeng Lakasi’ menempa nama serta mendapat penganugerahan yang tinggi dari Sultan Perak iaitu Sultan Iskandar Zulkarnain (berlaku dalam tahun 1742). Pengurnian bintang Orang Besar Perak itu akhirnya terus diwarisi oleh keturunan ini, hinggalah kesaat ini, Pak Dato’ menyandang gelaran tersebut. Sekiranya kita tidak mengambil sebarang inisiatif, memungkinkan sejarah kegemilangan dan kemasyuran pahlawan Bugis-Makassar di Malaysia ini akan terus pupus ditelan peredaran masa dan zaman. Akhirnya tinggal menjadi sebuah lagenda.
Dengan daya usaha Pak Dato’ H. Shaharudin, mengharapkan dengan ikatan perkahwinan Asizul Rahman putera bungsu Pak Dato’ dan puteri sulong Pak Diash iaitu Laela nanti Insya Allah dapat menyelamatkan pertautan ini dari terus musnah.
Bapak H.Diash Daeng Manaba, dan Ibu Hj. St. Bungalia Daeng Puji serta seluroh keluarga. Dan untuk pengetahuan, wakil Pak Dato’ di Sulawesi, iaitu Pak M.
Syahrir Daeng Ngatta.
Implikasi perutusan saya ini, sudah sampai kepada puncak perbicaraan. Kata putus hasil dari mufakat seluroh keluarga Pak Dato’ dari proses penyempurnaan majlis pernikahan/majlis persandingan Rizal/Laela, sebulat suara telah membuat beberapa keputusan seperti yang akan dinyatakan nanti.
Dalam pertemuan kita semasa kunjungan Pak H. Diash ke Malaysia tempo hari, kita telah merangka beberapa tarikh. Malangnya disebabkan beberapa insiden pahit yang Bapak Diash sendiri ma’lumi, tarikh tersebut terpaksa dibatalkan. Kami mohon maaf serta mengharapkan kerjasama dari pihak di Sulawesi ini agar menyetujui tarikh baru yang telah kami tetapkan dibawah ini :
30/4/1996 (Pada Hari Raya Haji yang ke-3)
-Rombongan Malaysia berangkat ke Ujung Pandang.
02/5/1996 (Malam)
-Majlis pernikahan
05/05/1996
-Majlis Persandingan.
07/05/1996
Bagi merangka kerja-kerja ini seterusnya, Pak Dato’ berharap sangat sama Pak M. Syahrir Daeng Ngatta (sebagai perutusan wakil Pak Dato’) dapat membuat kunjungan ke Malaysia, seminggu selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti. Banyak perkara yang perlu dibincangkan bersabit perkara diatas. Harap Daeng Ngatta tidak menghampakan permintaan kami ini. Sense of humournya secara spontan merupakan anugerah Allah terhadap Pak Syahrir menjadi kerinduan kami semua. Kedatangan Pak Syahrir semasa Pak Dato’ di hospital amat diharapkan oleh Pak Dato’, tapi ternyata Allah masih belum mengizinkan.
Harap kita akan terus berkomunikasi melalui surat atau talipon, supaya tidak timbul sebarang permasalahan yang akan membantutkan niat kita ini.
Sebelum mengakhiri watikah saya ini, saya bagi pihak Pak Dato’, Ibu Datin dan seluroh keluarga memohon ribuan maaf atas apa jua kesilapan kami akan membuatkan keluarga disini tidak menyenanginya.
Salam taksim dari kami,
ttd.
Hj.Nanang Khairani dan Keluarga
Seusai kubaca, surat itu kulipat kembali dan kumasukkan dalam sampulnya seperti semula dengan harapan agar aku dapat segera membalasnya. Surat ini akan kujadikan sebuah kenangan abadi buatku untuk selama-lamanya.(*)


Makassar, 03 Maret 20909

Harian Radar Bulukumba, 17 April 2009
Mingguan Inti Berita, Mei 2011

Tidak ada komentar:

Posting Komentar