Selasa, 03 Mei 2011

76. SURAT DARI KERAJAAN SELANGOR MALAYSIA BAG.3

Oleh : Hasbullah Said.-


SURAT itu segera kubuka sampulnya lalu kubaca, setelah Pak Pos yang mengantarnya menyerahkan kepadaku, yang isinya sebagai berikut.
Air Tawar, Manjung.
Perak Darul Ridzuan Malaysia.
Perak, 01 Hb. Disember 1998.
Kepada.
Yang dihurmati,
Bapak H.Diash Daeng Manaba serta Keluarga
Di-
Ujung Pandang
Sulawesi Selatan Indonesia.
Assalamu Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Surat Saudara bertarikh 21 Oktober 1998, selamat saya terima. Terima kasih diatas
kesudian Saudara itu.
. Walaupun kita berada disituasi yang agak goyah dan tidak memberang- sangkan dikedua Negara, namun syukur Alhamdulillah kami seluroh keluarga disini semuanya baik-baik sahaja dan sihat. Harap keluarga di Indonesia berlebihan lagi.
Sekali lagi saya panjatkan syukur kepada Illahi kerana limpah karunia dan izin-Nya saya masih lagi berada di alam fana ini bagi menyaksikan segala keajaiban ciptaan Allah.
Segala anugerah yang tidak tercapai oleh akal insan untuk memikirkan keajaiban dunia ini, mahluk-Nya serta dengan keindahan, kejadian yang sungguh indah dan unik sekali.
Rentetan perkenalan kita yang terlalu misteri untuk dijadikan awalannya sering menjadi renungan saya. Berawal mula saya kenal Saudara semasa saya melawat ke Negeri Pahang, entah apa tiba-tiba nama Saudara saya temukan disalah satu pejabat (Kantor) disana, H.Diash Daeng Manaba Budayawan asal Makassar Sulawesi Selatan Indonesia. Terinspirasi menyurat kepada Saudara untuk mengenal lebih dekat. Begitu awal mula perkenalan kita. Sejak kita bersahabat pena saya dapati disana kententeraman yang sangat menyenangkan dan menyenjukkan hati.
Sungguh indah ciptaan Allah ini,……..Kita bersahabat pena, bertemu dan dari situ terpacullah satu keakraban yang tidak boleh dinafikan – Kemesraan - kita luar biasa. Naluri mengatakan memang sudah sedia ada wujud pertalian yang kini mengalami proses kesinambungannya. Ianya tidak mustahil kerana saya adalah titisan turunan dari persepsi atau perantau orang-orang Bugis-Makassar yang telah mula datang kegugusan Tanah Melayu sejak tahun 1670 lagi. Untuk merealisasikan pertautan itu, kita mengikat silaturrahim. Alhamdulillah kini kita telah menjadi satu keluarga dalam ertikata yang sebenarnya.
Setiap yang dijadikan Allah itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Sebenarnya sudah terlalu lama saya mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk menulis kembali auto biographi/memoir penglibatan saya semasa perang dunia kedua dulu. Saya. merasakan pengalaman yang telah saya lalui itu terlalu unik dan rugi besar jika ianya tidak dikongsi bersama dengan generasi yang akan datang,…..generasi yang belum pernah mengenal erti “ peperangan “ Cerita ini bukan cerita khayalan atau direka-reka tetapi pengalaman besar yang tidak bisa untuk diulang cetak yang telah saya alami sendiri.
Dengan kehendak Allah, dengan secara tidak langsung rupanya bisan saya adalah seorang penulis berbakat besar. Berimigrasi tinggi. Pernah saya baca cerpen H.Diash Daeng Manaba, dari Ujung Pandang bertajuk “Semalam di Malaysia” Cara penyampaian Saudara sungguh indah dan menarik sekali dan diperkuatkan lagi dengan tatabahasa yang begitu tersusun rapi. Messege yang ingin disampaikan walaupun secara simbolik benar-benar menyengat dan meruntuh perasaan. Saya betul-betul sedih sehingga menitiskan air mata. Saya sangat berharap, Daeng Puji tidak lagi di situasi seperti yang digambarkan. Jika masih saya benar-benar sesal.
Bapak H.Diash Daeng Manaba dan Hj.St.Bungalia Daeng Puji.
Terima kasih diatas pujian dan sanjungan yang telah Saudara berikan kepada saya. Saudara merupakan sebahagian dari segelintir orang yang telah membaca rentetan tersebut. Anak-anak saya sendiri tidak berminat untuk membacanya apatah lagi untuk menulis.
Saya berharap sangat dan sungguh-sungguh bebesar hati sekiranya, Saudara dapat memulakan pembikinan buku tersebut sepantas mungkin. Menunggu hingga sampai waktu pension Saudara iaitu dua tahun lagi adalah perkara yang terlalu lama untuk dilakukan. Semoga saja Saudara merealitaskan dalam jangka masa minimal. Mudah-mudahan saya berkesempatan menyaksikannya.
Bapak H.Diash Daeng Manaba.dan
Ibu Hj. St. Bungalia Daeng Puji
Serta anakanda Azisah yang diingati,.......!
Sebelum mengakhiri surat ini, saya dan Ibu Datin Ramlah dan seluroh keluarga berbesar hati mengundang Saudara sekeluarga datang ke Malaysia merasai suasana berpuasa (Ramadhan) dan berhari raya/lebaran yang akan datang ini bersama-sama keluarga di Malaysia. Lebih-lebih lagi bersama “ Shahirah” cucu kita yang tersanjung. Kami benar-benar ikhlas kurang tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
Jika kost atau biaya perjalanan udara agak berat dan ditambah pula wang fiskalnya terlalu tinggi, datang saja dengan kapal laut. (Anak-anak Bugis-Makassar tidak gentar mengharung gelombang dan merupakan pelaut ulung taraf dunia)
Tuan H.M.Yusuf Kalla dan istri beliau, pula Ibu Ratna (Sekritaris kepada Bapak Governor Basri Palaguna) merupakan kenalan saya. Tuan H.M.Yusuf Kalla mempunyai syarikat perkapalan yang mengendalikan pengangkutan laut kargo dan penumpang dari Ujung pandang terus ke Pasir Gudang, Johor Bharu dan Port Klang, Selangor Malaysia. Perjalanan hanya mengambil masa dua atau tiga hari sahaja. Tuan H.M.Yusuf Kalla telah beberapa kali datang ke Kuala Lumpur dan mempelawa saya menjadi ejen perkapalan Kalla Lines di Malaysia. Waktu itu kesihatan saya kurang baik jadi pelawan itu saya diamkan sahaja. Cuba-cubalah Saudara tanyakan dengan syarikat tersebut ataupun ada pengangkutan yang lebih baik lagi. Kami disini men- unggu perkhabaran dari Saudara dan keluarga. Bagi mengakhiri surat ini, sambutlah sembah salam taksim dari seluroh keluarga di Malaysia dan Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sekian, terima kasih.
Yang benar kami,
ttd.
Dato’ Haji Shaharudin bin H.Abd.Rahman
Demikianlah bunyi isi suratnya dengan bahasa Melayu yang sangat kental. Bila aku membaca surat ini, kembali aku bernostalgia kemasa laluku yang penuh kesan dan kenangan bersamanya. Seorang sahabat pena dari negeri Jiran Malaysia sejak bertahun tahun lamanya. Kini dia Dato’ H. Shaharudin bin H.Abd.Rahman tidaklah lagi sebagai sahabat pena, akan tetapi sudah jadi besan yaitu mertua lelaki dari anak sulung kami Laela yang telah menetap tinggal di Kuala Lumpur Malaysia. Kini telah dikaruniai dua orang anak semuanya perempuan yang diberi nama oleh kedua orang tuanya masing-masing Aiman Zhahirah Rizal Rahman dan Aiman Zhafirah Rizal Rahman.(*)

Makassar, 03 Maret 2009

Harian Radar Bulukumba, 03 Juli 2009
Mingguan Inti Berita, Mei 2011

1 komentar:

  1. Mau dapatkan kartu hokky dan mendapatkan banyak bonus tunggu apalagi gabung aja bersama donacopoker
    dengan deposit 10.000 kamu sudah bisa bermain.
    di link alternatif kami www.donacopkr.com
    Agen poker online
    Agen poker online
    Judi Kartu Online
    bandar qq donacopoker
    agen judi kartu online yang memberikan kenyamanan dan permainan yang lengkap
    BBM : DC31E2B0
    LINE : Donaco.poker
    WHATSAPP : +6281333555662

    BalasHapus